top of page
photo_2024-04-30_19-58-46.jpg

10 PELAJAR USIM DITAJA PENUH OLEH KERAJAAN INDONESIA

10 USIM STUDENTS FULLY SPONSORED BY INDONESIAN GOVERNMENT PROGRAM

^Article published in Malang Post

Our Story

Pada tanggal 25 Februari hingga 8 Mac 2024, buat julung kalinya, 10 orang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat tawaran program pertukaran pelajar dengan penajaan penuh oleh Kerajaan Indonesia untuk mengikuti kursus mobiliti pendek anjuran Universitas Brawijaya, Kota Malang, Indonesia.

Mereka terdiri daripada pelajar tahun 2 hingga tahun 4 jurusan Undang-Undang dan Syariah di Fakulti Undang-Undang dan Syariah USIM iaitu Syahrul Adam Salleh Ibrahim, Nurafrina Safiah Binti Mohd Radzi, Filzah Hidayati Binti Zainuzzamree, Muhammad Irfan Fitri Bin Mohd Zawawi, Imran Haziq Bin Jamali, Mus’ab Zuhaidi Bin Muhammad Zahid, Amjad Majdi Bin Muhamad Amin, Farhani Nabiha Bt Mohd Yazi, Putri Sarah Alya Binti Azhar dan Nurul Shasha Bt Nor Razi.

Sepuluh orang peserta tersebut telah mengikuti pendedahan dan kursus pendek mengenai Undang-Undang Perlembagaan Indonesia, Hukum Pidana, Hukum Agraria, dan Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia. Pembelajaran ini tidak terbatas kepada sesi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah sahaja, malah para pelajar tersebut berpeluang berkongsi idea dan pengetahuan melalui sesi pembentangan hasil daripada pembelajaran dan pengajaran mereka sepanjang berada di Universitas Brawijaya.

Seterusnya, program ini tidak hanya terhad kepada pengajaran di dalam bilik kuliah. Para peserta juga diberi peluang untuk melawat beberapa tempat menarik, termasuk Warisan Kota Kampoeng Kajoetangan, Taman Negara Gunung Bromo Tengger Semeru di Indonesia, serta pengenalan kepada pemprosesan dan pembuatan kerepek tempe di Kilang Tempe Rohani.

Sesuai dengan pembelajaran para peserta dari USIM sebagai pelajar Undang-Undang, mereka juga telah dibawa untuk berdiskusi dan diperkenalkan dengan Pusat Bantuan Guaman Fakultas Hukum Universitas Brawijaya.

USIM DIIKTIRAF OLEH UNIVERSITI TERSENARAI TOP-5 DI INDONESIA

USIM IS NOW ACKNOWLEDGED BY TOP 5 UNIVERSITY IN INDONESIA

POSTER.png

© 2025 by International Law Unit, USIM. Powered and secured by Wix

bottom of page